Adds

Nota Sains

Untuk mendapatkan bahan dan nota sains sila klik pada pautan mengikut tahun di bawah.

Thursday, September 29, 2011

Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah

Assalamualaikum... dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, menulis aku lagi dlm blog ni. Untuk kali ni, aku masih lagi tak sempat nak buat nota. Rupanya, banyak lagi yang aku kena belajar nak buat blog. Bulan Syawal baru je dah berlalu. Lepas nie Raya Haji pula. 

Seronok tengok, org lain pergi menunaikan Ibadah Haji. Harap2 peluang aku akan pun akan tiba untuk menunaikan Haji.


Cerita pasal raya (aidilfitri) pulak. Tahun ni, bagi aku raya kurang meriah sikit. Entahlah, mungkin dh meningkat usia, feel raya dah kurang.

Apepun, aku harap aku dapat terus sediakan nota-nota Sains untuk blog ni. 

Wassalam....


Tuesday, September 20, 2011

Dapat Ilmu Baru..

Hari ni, dok belek-belek blog orang. Aku pun cuba-cuba la explore sendiri. Macam mana nak bagi blok ni lagi menarik. Buka-buka dapat la ilmu baru. Boleh letak lagu dalam blog. sempoi gak tu.. Kasi umphh sikit blog ni. Tapi nota tetap aku tak dapat nak update lagi. InsyaAllah la akan di usahakan

Sunday, September 18, 2011

Peningnya nak siapkan nota..

Assalamualaikum..

Minggu ni, bermulalah murid-murid tahun 6 selelsai menjalani peperiksaan UPSR. Mesti dalam kepala otak diorang tengah ringan sekarang. Maklumlah tanggungjawab yang besar dah habis. Apepun korang masih kena datang sekolah dan belajar macam biasa. Mungkin la cikgu-cikgu korang ada sediakan aktiviti untuk korang. Apepun semoga bila dapat result nanti, ianya akan jadi kenangan yang boleh korang kenang (pahit/manis) dalam hidup korang..

Bagi aku masih belum sempat nak siapkan nota-nota sains ini. Aku harap untuk tahun depan, bolehla aku lengkapkan nota-nota aku ni. Bolehla aku guna sendiri..

Harap-harap adala kesempatan untuk aku siapkan nota. 

Wednesday, September 14, 2011

Belum sempat

Maaf la. saya belum sempat nak buat nota-nota terbaru.. Agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja harian. Tambah pula. InsyaAllah, nota-nota terbaru akan di muat naik..

Untuk pelajar UPSR, hari ini adalah hari terakhir untuk anda semua mengharungi segala usaha anda. Teruskan berjuang.

GOOD LUCK semua!!!!!

Sunday, September 11, 2011

UPSR Esok (13.09.11-Selasa)

Esok semua murid-murid tahun 6 di seluruh Malaysia akan menghadapi UPSR. So saya ucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR dan mendoakan agar berjaya mengharunginya dengan tenang serta memperolehi keputusan yang cemerlang..

Selamat Berjaya!

Saturday, September 10, 2011

Nota terbaru

Semalan baru sahaja saya siapkan nota terbaru.
Nota terkini yang di "update";
1. Unit 1. Keperluan Asas Hidupan - Tahun 4
2. Unit 10. Buruj - Tahun 5

Untuk makluman. semua nota disini disediakan di dalam bahasa melayu dan berformat jpeg.

Thursday, September 8, 2011

Jom Kongsi Nota..

Kepada semua warga pendidik.. kalau ada nota-nota atau bahan yang boleh diberi untuk di upload dalam blog ni amat lah di alu-alukan. Boleh la email kan bahan kepada saya..

mzzm9047@gmail.com

Wednesday, September 7, 2011

Nota

Untuk mendapatkan bahan dan nota sains sila klik pada pautan mengikut tahun di atas.

Tuesday, September 6, 2011

Kongsi Maklumat

Assalamualaikun dan Salam 1 Malaysia..

Diharapkan segala bahan yang terdapat dalam blog ini dapat digunakan sebaik-baik nya kepada semua pelajar dan guru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...